Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdullillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberikan aku kudrat untuk membangunkan web blog ini.
Sebenarnya web blog ini adalah kesinambungan daripada web blog kisahklassik.wordpress.com yang dibangunkan beberapa bulan lalu. Perpindahan ke web blog baru ini adalah kerana disini kami telah menjumpai beberapa features yang tiada di web blog lama bagi menampung keperluan yang diinginkan.
IrsyazPhotoblog merupakan sebuah web blog yang sarat dengan foto yang telah dirakam sendiri dalam menempuh hari-hari yang telah berlalu. Oleh kerana aku amat menghargai hari-hari yang telah aku tempuhi itu, aku abadikan segalanya di dalam web blog ini. Mungkin aku bukan seorang penulis/pengarang yang baik, tetapi biarlah foto-foto di dalam web blog ini menceritakan segala-galanya.

Kepada semua pengunjung IrsyazBlog yg sudi menjenguk web blog yang tak seberapa ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda.
Kepada keluarga tercinta, terima kasih di atas semangat & sokongan yang telah di berikan.
Sekian, wassalam.